Syukur kerana tercapai juga hajat nurani untuk menyediakan satu laman sesawang untuk persatuan ini.
Sejarah Penubuhan & Visi Persatuan
Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Penaja dan diikuti dengan Mesyuarat Agung Kali Pertama maka tertubuhlah PIBG SMK Taman Desa 2. PIBG SMK Taman Desa 2 telah ditubuhkan mengikut garis panduan dalam akta Pendidikan 1996, Peraturan - peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru ) 1998 dan telah diberi nombor pendaftaran SEL:1215 bertarikh 13 Mei 2008. Penubuhan PIBG sekolah ini adalah sejajar dengan tahun pembukaan sekolah iaitu tahun 2008. Selaras dengan penubuhannya, PIBG SMK Taman Desa 2 cuba menepati matlamat berikut:-
* membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
* menambah sumber kewangan SMK Taman Desa 2 bagi menampung dan meningkatkan kemudahan sekolah;
* meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat;
* meningkatkan keceriaan premis SMK Taman Desa 2 supaya dapat mewujudkan suasana kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan yang melibatkan kurikulum dan kokurikulum.